CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Pages

Powered By Blogger
No posts.
No posts.

VISI

Menjadi sebuah perniagaan yang dikenali dengan produk yang berkualiti dan mampu bersaing di pasaran tempatan dan global.

MISI

1. Meningkatkan pengeluaran makanan sejuk
beku untuk memenuhi keperluan pasaran tempatan.

2. Meningkatkan keupayaan pengeluaran dengan
jaminan kualiti sekurang-kurangnya 30% setahun.

3. Menyahut saranan kerajaan dan mencapai objektif
negara bagi memastikan 30% bumiputra terlibat
dalam bidang ekonomi.

SLOGAN

DELIOUS, FAST and EASY

AHLI KUMPULAN :

1. Nabilah Ain Bt Zahari.
2. Zailatulhamra Bt Mohd Ali.
3. Nor Syahida Harni Bt. Mohd Ali.
4. Nurfaliza Bt. Tajul Urus.
5. Tito Ikhwandi Siregar B. Ikhwan.

LATAR BELAKANG SYARIKAT

Finger’s Frozen Food merupakan sebuah perusahaan yang menjalankan aktiviti menghasilkan dan memasarkan produk makanan sejuk beku. Perniagaan ini diusahakan secara perkongsian dengan modal permulaan sebanyak RM 20,000.00 dan mempunyai ekuiti bumiputera 100%. Lokasi perniagaan adalah di Jalan Tiong, Kampung Ladang Batu, 42880 Tanjung Sepat, Kuala Langat, Selangor dan ditubuhkan pada 8 Ogos 2010.

Tujuan utama rancangan perniagaan ini disediakan adalah untuk mendapatkan pembiayaan bagi memajukan lagi perniagaan dengan mengembangkan pemasaran perniagaan. Rancangan perniagaan ini ditujukan kepada Lembaga Pertubuhan Peladang untuk mendapat pembiayaan sebanyak RM 10,000.

Finger’s Frozen Food adalah sebuah kilang yang menjalankan aktiviti memproses dan memasarkan produk makanan sejuk beku seperti karipap segera, samosa, donut, roti canai dan sebagainya. Kilang ini beroperasi setiap hari bermula jam 8 pagi hingga 5 petang. Finger’s Frozen Food juga menjadi pembekal produk makanan sejukbeku kepada pasaraya Mydin, cafe di IKBN, sekolah-sekolah, warung dan sebagainya yang berada di sekitar Selangor.

Salah satu faktor yang mempengaruhi kejayan perniagaan ini adalah lokasinya yang strategik, dimana ia terletak berhampiran dengan Pekan Tanjung Sepat dan berhadapan dengan jalan raya besar yang mudah dikunjungi dan memudahkan proses pengankutan dijalankan.. Kelebihan ini dibantu dengan kuasa beli penduduk yang tinggi dan langkah pemasaran yang bijak.

Adalah diyakini bahawa dengan prestasi kewangan yang terbukti menguntungkan dan pasaran yang telah dikaji dengan teliti, maka Finger’s Frozen Food boleh mencapai objektifnya untuk mengembangkan dan menembusi pasaran yang luas. Selain itu, Finger’s Frozen Food mempu mengendalikan perniagaan ini dengan lebih efektif dan menepati syarat-syarat bantuan yang telah diberikan.